Naqada III merupakan fasa terakhir
budaya Naqada prasejarah Mesir Purba yang berasal dari sekitar tahun 3200 sampai 3000 SM.
[1] Ini ialah zaman di mana proses pembentukan negara, yang mulai terjadi di
Naqada II, menjadi amat ketara dengan raja-raja bernama mula membentuk pemerintahan yang kuat. Naqada III sering disebut sebagai
Dinasti 0 atau
Tempoh Protodinasti[1] untuk mencerminkan kehadiran raja-raja di kota utama berpengaruh walaupun sebenarnya raja-raja yang terlibat tidak akan menjadi sebahagian dari sebuah dinasti. Mereka mungkin tidak terkait sama sekali dan sangat mungkin bersaing antara satu sama lain. Dalam zaman ini, nama raja-raja itu ditulis dalam bentuk serekh di pelbagai permukaan termasuk tembikar dan makam.Tempoh protodinasti di Mesir Purba ditandai oleh proses penyatuan politik yang berlanjutan yang berpuncak pada pembentukan sebuah negara tunggal lalu bermulanya
Tempoh Dinasti Awal. Selanjutnya, pada saat inilah
bahasa Mesir pertama kali dirakam dalam tulisan
hieroglif. Ada juga bukti arkeologi kukuh permukiman Mesir di
Kanaan selatan selama Periode Protodinasti yang dianggap sebagai
koloni atau
entrepot.Pembentukan negara Mesir Purba bermula pada zaman ini dan mungkin lebih awal. Pelbagai kota kecil muncul di sepanjang
sungai Nil. Penaklukan selama berabad-abad kemudian memecahkan
Mesir Hulu ke tiga negara utama:
Tinis, Naqada, dan
Nekhen. Tersepit di antara Tinis dan Nekhen, Naqada yang mula-mula jatuh. Tinis kemudian menakluki
Mesir Hilir. Hubungan Nekhen dengan Tinis tidak pasti, namun kedua-dua negara mungkin telah bergabung dengan damai, dengan keluarga kerajaan Tinis yang memerintah seluruh Mesir. Raja-raja Tinis dimakamkan di
Abydos,
Umm el-Qa'ab.Kebanyakan pengkaji Mesir Purba menganggap
Narmer sebagai raja terakhir zaman ini serta raja pertama
Dinasti Pertama. Baginda mungkin menerusi penguasaan atas beberapa bahagian Mesir Hulu oleh
Buaya,
Iry-Hor,
Ka dan mungkin oleh apa yang disebut sebagai "
Raja Scorpion", dengan namanya dapat merujuk, atau berasal dari dewi
Serket.
[1]Naqada III meluas ke seluruh
Mesir dan ditandai oleh beberapa peristiwa penting pertama: